Finance USA

Aug 24 2019

Awas! Taktik Terbaru Penipuan Kad Kredit, best kredit.

#Best #kredit



Awas! Taktik Terbaru Penipuan Kad Kredit

Best kredit

Baru tak sampai sebulan dapat kad kredit (kad kredit pertama dalam hidup saya), dah rasa tak senang bila ada usaha untuk menipu dengan kad kredit tu. Saya apply kad kredit dua bulan lepas untuk register akaun paypal (untuk internet transaction) dan dalam masa yang sama meminimumkan duit tunai untuk modal pusingan bisnes saya. Maksudnya, kalau saya dapat order yang besar, saya tak perlu keluarkan cash beli barang untuk hantar pada customer. Tapi, saya just slash kad kredit dengan supplier, dan bila customer buat payment, saya terus settlekan kad kredit tu. So, tak payah pakai cash sebab kalau cash banyak sangat, ia dah jadi tak efisien. Daripada duit terbiar macam tu, lebih baik beli emas ataupun silver.

Awas, Call Center Palsu!

Ceritanya macam ni. Last week saya dapat call daripada individu yang kononnya Call Center kad kredit. Dia offer macam-macam tawaran yang kononnya akan menjimatkan saya. Untuk terima tawaran tu, dia perlu SAHKAN kad kredit saya. Masa dia call tu saya ada terfikir juga, kalau dia benar-benar Call Center , sepatutnya dia dah ada semua maklumat saya. So, kenapa perlu lagi nak sahkan maklumat? Just hantar jer lah good offer tu, kalau ada.

Masa dia nak buat pengesahan tu, saya dah rasa tak sedap hati. Saya layan juga dia sebab saya fikir ini memang betul-betul Call Center sebab dia tahu maklumat saya; nama penuh, nombor telefon, nombor 16 angka kad kredit saya, dan tarikh luput kad kredit tu. Keraguan saya terus memuncak bila dia nak SAHKAN 7 nombor rahsia bahagian belakang kad kredit tu! Apa yang saya ingat, pengawai bank yang serahkan kad tu dulu pesan 3 nombor terakhir tak boleh dedahkan pada sesiapa sekalipun!

Nombor Handphone, Sah Penipu!

Saya terus tanya. Eh, bukan ker nombor ni tak boleh dedahkan pada sesiapa kan? Dia jawab, Oh, ok kalau encik rasa tak boleh dedahkan, nanti kami hantar surat pada encik dan kami akan call lagi encik nanti Habis

Hati saya tak sedap, saya terus contact Call Centre Maybank yang tertera belakang kad kredit tu. Pegawai tu tanya saya samada pemanggil tu guna nombor handphone atau fixed line? Hah confirm penipuan sebab caller tu guna nombor handphone. Call Centre hanya akan call kita guna nombor fixed line. Keduanya, dia tanya saya apa maklumat yang saya dedahkan? Saya dah dedahkan semuanya kecuali 3 nombor terakhir belakang kad kredit tu. Untuk selamat, dia cadangkan saya cancel kad tu, dan Maybank akan keluarkan kad baru. So, saya terus cancel. Huh lega rasanya Tapi masih rasa tak senang hati sebab in future, benda ni boleh lagi berlaku selagi saya guna kad kredit!

Jauhi Kad Kredit a.k.a Kad Hutang!

So, saya syorkan sahabat semua, kalau tak ada keperluan untuk pakai kad kredit, lebih baik tak payah pakai sebab kad kredit ni lagi susah dari jaga cash. Terlepas kad tu pada orang, lebih bahaya dari terlepas cash pada penyamun!

Bila saya google di internet, rupa-rupanya benda ni memang dah lama berlaku, cuma mangsanya jer yang berbeza. Siapa yang naif tentang kad kredit, dan excited dengan tawaran hebat yang bakal mereka hadiahkan , memang mudah terkena. Kita sangka ianya rezeki, tapi ia boleh jadi mimpi negeri!

#####



Written by Bürger



Notice: Undefined index: name in /Data/www/remmont.com/htdocs/wp-content/plugins/propellerads-official/includes/class-propeller-ads-anti-adblock.php on line 169
%d bloggers like this: